Monday, April 27, 2009

TAKLIMAT NILAM

Taklimat nilam disampaikan oleh Guru Nilam iaitu Pn. Noraini bt. Salleh kepada pelajar Tahun 1 dan Tahap 2

GPM memberi penerangan tentang nilam kepada murid tahun 1.





Thursday, April 23, 2009

KERJA BAIK PULIH BILIK-BILIK PSS




Hai macam nak pindah rumah pula rasanye.....sekarang ni kami tengah operasi pindahkan semua barang2 dan perabot ke tempat lain. Ialah untuk kerja baik pulih bilik2 PSS. Harap -harap tak lama la kerja tersebut sebab nak dikemaskinikan semula bilik2 tersebut memakan masa yang panjang. Diharapkan sempat la diupgradekan sebelum bulan penggredan.Kalau tak tres la nampaknye.....



Wednesday, April 22, 2009

GPM SK.PEDAS






MEMPEKENALKAN DIRI

* GPM SK.PEDAS - NAMA: NORIZAN BT. HJ. HASSAN
PENGALAMAN MENJADI GPM: BARU 1 THN LEBIH
- Jadi banyak perkara lg yang hendak dipelajari. Semoga kita dapat berkongsi idea.

Anugerah PSS






Alhamdulillah...PSS SK.Pedas telah berjaya mendapat tempat
ke-2 peringkat daerah Rembau (Sekolah Rendah) dengan markah 94%. Anugerah ini telah disampaikan oleh Datin Hjh.Naemah bt. Ahmad Dahalan iaitu Pegawai PPD Rembau pada 16 April 2009 di PKG Rembau.

BENGKEL PENGURUSAN PSS


    Bengkel Pengurusan PSS telah diadakan pada 21 hingga 22 April 2009 di SK.Undang Rembau. Semua GPM PKG Rembau dan Kota terlibat dan 2 orang fasilitator. Salah seorang sifunya ialah Ustaz Mohd Zaid iaitu guru SK. Pedas.

Tuesday, April 21, 2009

PERPUSTAKAAN SK.PEDAS

Salah satu ruang di perpustakaan SKP

VISI PSS SK.PEDAS

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pedas bermanfaat berteraskan media penyebaran.

BENGKEL PENGURUSAN BAHAN BUKU DAN BUKAN BUKU


Bengkel ini diadakan pada 14 Mac 2009 dari jam 8-12.30 tgh di Bilik Tayang. Ia beberapa orang guru dan pengawas media tahun 4 -6. Sebelum itu GPM memberi taklimat dan penerangan cara-cara memproses bahan buku dan bukan buku untuk memberi pemahaman kepada pengawas media.







Program/Aktiviti PSS SK,PEDAS


Pelancaran Program Nilam, Kempen Membaca dan Kempen Pulangkan Buku telah diadakan pada 16 Februari 2009.

AKTIVITI GURU MEDIA

GPM menghadiri kursus EDUWEBTV pada bulan Mac 2009
Template Design by Ibnuzain Skp