Wednesday, October 21, 2009

PENYAMPAIAN ANUGERAH ANJURAN BULAN PUSAT SUMBER



Pada Bulan Pusat Sumber tempohari, beberapa aktiviti telah dijalankan. Di antaranya ialah pertandingan bilik-bilik khas, papan buletin, bina laporan aktiviti/program, membina bahan bantu mengajar( untuk guru-guru) dan explorace info dan carian adat perpatih serta pertandingan membina madah pujangga/kata-kata hikmat (untuk pelajar). Pertandingan ini telah pun dinilai oleh GPK-GPK dan pihak PKG. Antara keputusannya ialah bagi bilik-bilik pusat sumber: johan-perpustakaan, naib johan-bilik kaunseling dan tempat ketiga ialah bilik pra. Penyampaian hadiah-hadiah untuk pertandingan tersebut telah pun disampaikan pada hari perhimpunan rasmi minggu lepas.

Tuesday, September 8, 2009

PUSAT SUMBER SK.PEDAS BERWAJAH BARU












Antara beberapa gambaran terkini di perpustakaan dan bilik bahan bantu mengajar selepas projek naik taraf pada bulan April yang lepas.



Wednesday, June 17, 2009

KURSUS EDUWEBTV SK.PEDAS


GPM telah mengadakan kursus EDUWEBTV pada 28 & 29 April 2009 untuk semua guru SK.Pedas di Makmal Komputer. Matlamatnya ialah untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang cara-cara mengakses bahan pengajaran dan pempelajaran melalui saluran EDUWEBTV. Allahualam la.. samada ianya diaplikasikan atau tidak. Moga-moga ada la guru-guru mempraktikkannya bersama pelajar.

Tuesday, May 19, 2009

Bilik Tayang

Bilik Tayang Sedang Dibaik Pulih

Monday, April 27, 2009

TAKLIMAT NILAM

Taklimat nilam disampaikan oleh Guru Nilam iaitu Pn. Noraini bt. Salleh kepada pelajar Tahun 1 dan Tahap 2

GPM memberi penerangan tentang nilam kepada murid tahun 1.





Thursday, April 23, 2009

KERJA BAIK PULIH BILIK-BILIK PSS




Hai macam nak pindah rumah pula rasanye.....sekarang ni kami tengah operasi pindahkan semua barang2 dan perabot ke tempat lain. Ialah untuk kerja baik pulih bilik2 PSS. Harap -harap tak lama la kerja tersebut sebab nak dikemaskinikan semula bilik2 tersebut memakan masa yang panjang. Diharapkan sempat la diupgradekan sebelum bulan penggredan.Kalau tak tres la nampaknye.....



Wednesday, April 22, 2009

GPM SK.PEDAS






MEMPEKENALKAN DIRI

* GPM SK.PEDAS - NAMA: NORIZAN BT. HJ. HASSAN
PENGALAMAN MENJADI GPM: BARU 1 THN LEBIH
- Jadi banyak perkara lg yang hendak dipelajari. Semoga kita dapat berkongsi idea.
Template Design by Ibnuzain Skp